Tun Ghafar sambut hari jadi ke-81 di hospital
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Intan Gleneagles di Kuala Lumpur, hari ini enyambut hari jadi ke-81 dalam majlis serba ringkas yang dihadiri beberapa menteri MCA, veteran Umno anggota keluarga dan sahabat handai.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Intan Gleneagles di Kuala Lumpur, hari ini enyambut hari jadi ke-81 dalam majlis serba ringkas yang dihadiri beberapa menteri MCA, veteran Umno anggota keluarga dan sahabat handai.
Antara Menteri dan Timbalan Menteri MCA yang hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn; Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Kiat.
Turut hadir ialah bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani.
Menurut Ling, sambutan hari jadi Ghafar telah menjadi majlis tahunan bagi MCA sejak lebih 20 tahun yang lalu.
"Bagi MCA, kami akan sentiasa mengingati sumbangan sukarela Tun kepada parti [...] Tun juga merupakan orang yang menjalinkan hubungan erat antara kesemua parti komponen (Barisan Nasional)," kata Ling kepada pemberita sebelum masuk melawat Ghafar di wad rawatan rapi.
Semakin baik
Menurut kenyataan akhbar yang dibaca oleh Ketua Pegawai Operasi Glenagles CEO Stuart JV Pack, Ghafar dipindah ke pusat perubatan dari Insitut Jantung Negara pada 25 Januari.
Menurutnya, Ghafar berada dalam keadaan sedar dan responsif sepenuhnya kepada kakitangan hospital dan anggota keluarga. Ghafar juga bernafas tanpa sokongan mekanikal, berkeadaan selesa dan mengambil makanan yang baik.
"Kesimpulannya, keadaan beliau adalah stabil [...] dan semakin baik setiap hari," katanya kepada pemberita.
Katanya, keadaan Ghafar memberangkan, beliau akan dibawa keluar dari unit rawatan rapi ke wad biasa untuk menjalani terapi pemulihan.
Antara tetamu yang dijangka mengunjungi Ghafar sempena hari jadinya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Ghafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat itu sejak tiga minggu lalu, selepas diserang penyakit lelah.
Antara anggota keluarga di majlis hari jadi itu ialah dua anak perempuan beliau, Sally dan Hamidah.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.