Kaji pokok Kucing Galak tambah oomph lelaki

comments     Published     Updated

Sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, kini sedang dikajiselidik di Perlis untuk memberi lebih "oomph" kepada orang lelaki.

Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galak selamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.

Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.

"Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya," katanya dalam akhbar The Star hari ini.

"Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah," katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.

Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.

Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.

"Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia," katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.



Malaysiakini
news and views that matter


Sign In