Kit Siang bingung siapa jaga AP Rafidah atau JPM
Terjemahan Ketua pembangkang Lim Kit Siang kini bingung dan tidak tahu kepada siapakah hendak menghantar soalan berkaitan dengan AP sama ada kepada Datuk Seri Rafidah Aziz atau Jabatan Perdana Menteri untuk sesi baru persidangan Dewan Rakyat bulan depan.
Terjemahan Ketua pembangkang Lim Kit Siang kini bingung dan tidak tahu kepada siapakah hendak menghantar soalan berkaitan dengan AP sama ada kepada Datuk Seri Rafidah Aziz atau Jabatan Perdana Menteri untuk sesi baru persidangan Dewan Rakyat bulan depan.
Khamis lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi (Miti) Datin Seri Rafidah Aziz yang dikekalkan di kementeriannya dalam rombakan kabinet minggu lalu, menegaskan beliau 'masih lagi menjaga (perkara mengenai) AP".
Pada hari berikutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperjelaskan bahawa sebuah jawatankuasa di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipengerusikan oleh Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menimbang dan memutuskan dasar-dasar mengenai AP.
"Saya benar-benar bingung. Pada mulanya saya menghantar soalan saya mengenai AP (untuk sidang Parlimen akan datang) kepada JPM, dan kemudiannya menukarnya kepada Miti selepas kenyataan (Datin Seri) Rafidah itu. Apakah soalan tersebut perlu dihantar semula kepada JPM," soal Kit Siang.
Bagaimanapun, Kit Siang percaya yang Rafidah juga kini dalam kebingungan berhubung isu siapakan sebenarnya yang menjaga soal AP.
Rafidah juga bingung
Tahun lalu, Rafidah menjadi sasaran daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakannya dari Umno sendiri berhubung pemberian sejumlah besar AP kepada segelintir individu sahaja.
Dalam satu lagi perkembangan, Lim meminta Abdullah memberi penjelasan mengenai mekanisme yang akan digunakan untuk memantau prestasi anggota kabinet.
Katanya, walaupun sistem seumpama itu membolehkan Perdana Menteri mengawasi dengan lebih ketat prestasi menteri kabinetnya, tetapi ia mesti dilaksanakan dengan berhati-hati.
"Jika Abdullah serius untuk menubuhkan jawatankuasa pemantau itu, Malaysia mungkin negara Komanwel pertama yang mengamalkan demokrasi berparlimen yang berbuat demikian," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.