Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undang-undang baru bangunan lama bakal diperkenal

PARLIMEN | Putrajaya mencadangkan agar satu undang-undang pembaharuan semula bandar bagi memastikan bagi memastikan kelestarian pembangunan di seluruh negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini.

Mengikut undang-undang baru itu, kata Khalid, kerajaan tidak lagi perlu mendapatkan persetujuan daripada semua pemilik untuk projek pembaharuan bangunan.

Katanya ketika ini Malaysia - sama seperti negara lain - berdepan dengan isu berkenaan apabila kerajaan berdepan kesulitan untuk memulihara bangunan lama.

Bagaimanapun kata anggota parlimen Shah Alam itu kerajaan akan meneliti apa yang dilakukan kerajaan luar seperti di Singapura.

"Sebagai contoh, Singapura, mana-mana bangunan yang kurang dari 10 tahun kerajaan hanya perlukan persetujuan daripada 90 peratus pemilik, manakala bagi bangunan lebih 10 tahun, hanya 80 peratus diperlukan," katanya.

Khalid berkata demikian bagi menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Fong meminta Kementerian Wilayah Persekutuan menjelaskan mengenai bangunan lama di pusat bandar Kuala Lumpur yang tidak dimajukan.

Fong mahu tahu adakah kerajaan bercadang menggubal satu rang undang-undang untuk mempercepatkan proses pembangunan semula bandar agar menjadi lebih moden.

Kata Khalid buat masa ini kerajaan hanya boleh melakukan pembangunan semula bangunan lama apabila mendapat persetujuan semua pemilik.

"Tapi perkara ini kita akan tangani dan kerajaan akan lihat berdasarkan kepada usia bangunan.

"Mungkin bagi bangunan yang berusia lebih 20 atau 30 tahun, kadar (persetujuan) yang lebih rendah boleh dikemukakan.

"Insya-Allah kerajaan akan kemukakan dalam rang undang-undang yang akan dibawa ke parlimen (selepas ini)," katanya.

Pada masa sama Khalid berkata kerajaan akan memastikan semua penghuni yang terbabit akan diberikan rumah secara percuma.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS