Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: M'sia rancang ambil balik ruang udara 'diwakilkan' dari S'pura

Malaysia merancang mengambil balik secara berperingkat daripada Singapura ruang udara yang “diwakilkan”, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia bercadang melakukan ini dalam jangka waktu bermula hujung tahun ini hingga 2023,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada akhir Pemukiman ke-9 Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya hari ini.

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua negara mempunyai sejarah panjang kerjasama penerbangan, Dr Mahathir berkata Malaysia telah membuat pelaburan besar sebagai persiapan untuk mengambil balik ruang udara yang diwakilkan itu dan berharap ini dapat dilakukan dengan lancar.

"Kita adalah anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan terus bekerjasama atas platform antarabangsa ini demi kepentingan bersama," katanya.

Mengenai sempadan maritim Malaysia-Singapura, Dr Mahathir berkata kedua-dua negara akan melakukan ‘delimitasi’ sempadan maritim di kawasan berkenaan.

“Sebuah jawatankuasa baru akan dibentuk untuk tujuan ini dan akan memulakan (kerjanya) menjelang bulan depan,” katanya.

Jadi, kata Dr Mahathir, Malaysia berpendapat adalah penting melaksanakan delimitasi (mengetepikan had buat sementara) semua sempadan maritim yang belum selesai antara dua negara, dan ini bukan saja bagi kawasan yang melengkongi had pelabuhan.

Sementara itu, Lee berkata kedua-dua negara mencapai kemajuan dalam usaha mengendurkan situasi di laut dan mengelakkan insiden seterusnya berlaku dan rundingan mengenai delimitasi sempadan maritim akan bermula dalam masa sebulan.

Mengenai isu ruang udara, Lee berkata Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyemak semula peraturan ruang udara sedia ada di bawah mana aturan perkhidmatan trafik udara di ruang udara selatan Semenanjung Malaysia, dan yang Singapura sedia bincangkan dengan Malaysia.

“Pertimbangan utama ialah keselamatan dan kecekapan operasi trafik udara dan keperluan serta kepentingan kedua-dua negara.

“Saya beritahu Dr Mahathir ini adalah satu perkara rumit yang membabitkan rundingan dengan pemegang kepentingan, termasuk syarikat penerbangan dan ICAO dan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa,” katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS