Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hisham sasar perjanjian 'Eagle High' sepupunya
Diterbitkan:  Apr 11, 2019 6:32 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein telah melahirkan kebimbangannya mengenai isu-isu yang diketengahkan dalam Kertas Putih Felda.

Menariknya, beliau memberi perhatian kepada perjanjian membabitakan syarikat perladangan Eagle High di Indonesia pada tahun 2015, yang cuba dipertahankan sepupunya dan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Menulis di Twitter, Hishammuddin berkata Kertas Putih yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali semalam akan memberi manfaat kepada Felda dan penerokanya.

“Saya sokong dan akan bekerjasama dengannya, khususnya demi 2,285 peneroka saya di @SembrongP153,” katanya.

Hishammuddin adalah ahli parlimen Sembrong, yang terletak di Johor.

Bekas menteri Umno itu juga berkata, beberapa isu yang diketengahkan dalam Kertas Putih berkenaan mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh.

“Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi 'Eagle High' yang menjadi tanda tanya ramai,” katanya.

Semalam, ahli parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau “terhidu sesuatu yang tidak kena” dan curiga berhubung perjanjian itu tetapi tetapi tidak dapat meyakinkan perdana menteri ketika itu.

Felda membayar AS$505.4 juta kepada Rajawali Capital International untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam Eagle High Plantations, walaupun ia hanya bernilai AS$115.2 juta (RM473 juta) di pasaran terbuka apabila keputusan dibuat pada Disember 2015.

Rajawali dikaitkan dengan hartawan Indonesia Peter Sondakh, yang dikatakan sekutu rapat Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS