Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nombor telefon Umno disalah guna laman 'Sabah-Sarawak Merdeka'
Diterbitkan:  Apr 12, 2019 12:26 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Umno akan melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung terdapat pihak yang menggunakan nombor telefon rasmi ibu pejabat Umno pada laman Facebook “Sabah-Sarawak Merdeka.”

Setiausaha Kerja Umno Muhd Sumali Reduan menafikan ibu pejabat Umno terlibat dengan Facebook berkenaan.

Katanya mereka tidak pernah membenarkan mana-mana pihak mewujudkan laman sedemikian.

“Kami memandang serius perkara tersebut dan tindakan akan diambil dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tiada sebarang salah laku yang akan mencemar nama baik ibu pejabat parti dan Umno itu sendiri,” katanya, lapor Umno Online hari ini.

Muhd Sumali berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Laman tersebut antaranya memuatkan hantaran yang menyokong Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, mendakwa rakyat di dua negeri itu ditindas.

Ia juga mempunyai hantaran dan imej yang menghina Yang di-Pertuan Agung.

Laman Facebook itu mempunyai melebihi 8,000 'like' dan pengikut sejak ia diwujudkan pada 6 Disember 2011.

Lihat Komen
ADS