Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Inkues ditangguhkan ke 16 Apr, pakar pathologi tak dapat hadir

Prosiding hari ke-26 inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditangguhkan kepada 16 April.

Koroner Rafiah Mohamad membenarkan permohonan pegawai pengendali inkues tersebut, Faten Hadni Khairuddin kerana saksi ke-29, Shahrom Abd Wahid – pesara profesor pathologi forensik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – tidak dapat hadir hari ini.

Semalam, inkues tersebut ditunda ke hari ini bagi membenarkan pakar-pakar forensik dan peguam untuk memeriksa semula van EMRS yang dinaiki Adib ketika rusuhan kuil di Seafield pada 27 Nov tahun lalu.

Shahrom Abd Wahid ketika hadir prosiding 9 Apr lalu. 

Antara pakar-pakar yang menghadiri pemeriksaan van EMRS di Jabatan Bomba Subang Jaya itu merupakan Shahrom.

Terdahulu, pada 12 Februari, pasukan inkues bersama Rofiah telah memeriksa kenderaan jabatan bomba yang digunakan ketika rusuhan tersebut.

Bagaimanapun, koroner itu tidak menyertainya semalam.

Faten: (Shahrom) tidak dapat hadir bagi inkues hari ini.

(Kami) Masih dalam peringkat soal jawab (Shahrom) oleh (pegawai pengendali inkues) Hamdan (Hamzah).

Kami telah bersedia untuk menghubungi semula (pakar) patologi HKL (Hospital Kuala Lumpur) Dr (Ahmad) Hafizam (Hasmi) dan Dr Mohd Shah Mahmood, tapi kita memerlukan (soalan) wrap-up bersama Shahrom terdahulu.

Rofiah: Sepina (untuk Shahrom hadir prosiding inkues) hanya sehingga semalam kan?

Faten: Ya

Rofiah: (Prosising inkues itu) akan ditunda dan disambung pada 16 dan 17 April pada jam 2.30 petang, dan 19 dan 22 April, sepenuh hari.

Koroner juga membenarkan permohonan daripada peguam kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor, untuk sepina mengeluarkan permohonan bagi Shahrom menghadiri prosiding inkues itu pada tarikh yang disebutkan agar diteruskan.

[Baca berita asal]


Lihat Komen
ADS