Singapura gantung import ayam itik dari Sgor
Pihak berkuasa keselamatan makanan Singapura Lembaga Pertanian-Makanan & Veterinar (AVA) menggantung import ayam itik dan telur dari Selangor berkuatkuasa serta-merta selepas menerima apa yang dikatakan sebagai "maklumat mengenai H5N1 yang dikesan pada ayam kampung" dalam sebuah kampung di negeri berkenaan.
Pihak berkuasa keselamatan makanan Singapura Lembaga Pertanian-Makanan & Veterinar (AVA) menggantung import ayam itik dan telur dari Selangor berkuatkuasa serta-merta selepas menerima apa yang dikatakan sebagai "maklumat mengenai H5N1 yang dikesan pada ayam kampung" dalam sebuah kampung di negeri berkenaan.
AVA, dalam kenyataannya lewat malam tadi berkata, penggantungan import itu merupakan langkah berjaga-jaga, sejajar dengan protokol yang diwujudkan antara pihak berkuasa veterinar kedua-dua negara bagi pengimportan ayam itik dari zon bebas penyakit di Malaysia.
"Penggantungan pada masa ini tidak menjejaskan import ayam itik dari zon bebas penyakit di Johor, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan," kata agensi berkenaan.
AVA berkata lembaga itu akan terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia bagi memantau perkembangan keadaan penyakit itu untuk memastikan ayam itik yang diimport tidak menjejaskan kesihatan orang awam dan haiwan.
Menurut laporan Bernama , penggantungan import itu tidak membawa sebarang kesan terhadap bekalan ayam itik di Singapura, kata AVA.
Bekalan telur
"Meskipun lima ladang ayam pedaging di Selangor ditauliahkan untuk membekalkan ayam itik ke Singapura, namun tiada sebarang eksport dari ladang ini ke Singapura sejak Ogos 2004," katanya.
Ketika ini hanya sebuah ladang penelur di Selangor yang diberi kelulusan membekalkan telur ke Singapura.
"Memandangkan import daripada ladang ini membentuk hanya lima peratus daripada jumlah keseluruhan telur yang diimport dari Malaysia, kesan penggantungan ini terhadap bekalan telur kami hanyalah sedikit sahaja," kata kenyataan itu.
"AVA memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami akan terus berjaga-jaga bagi memastikan Singapura bebas daripada selesema burung. Kami juga akan meningkatkan pengawasan dan pemeriksaan di pintu masuk untuk mengelak serangan penyakit itu," kata agensi berkenaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.