Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Kemenangan PH penting demi masa depan orang muda

PRK RANTAU | Kemenangan PH pada PRK esok penting demi masa depan golongan muda di kawasan tersebut, kata Ketua Umum PH, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata banyak projek yang menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan akan dilaksanakan sekiranya calon PH, Dr S Streram menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Ini adalah untuk faedah anak-anak kita dan generasi akan datang... Ini kamu kena fikir betul-betul masa depan golongan muda di negeri ini yang kebanyakan mereka tiada peluang pekerjaan,” katanya semasa sesi menziarahi masyarakat India di Taman Bunga Raya, Rantau hari ini.

Terdahulu, Presiden PKR itu meluangkan masa lebih kurang 45 minit melawat masyarakat India di Bandar Sri Sendayan selepas program Santai Sendayan bersama masyarakat sekitar dan solat Jumaat di Masjid Kariah Linsum.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Dr Streram, calon BN, Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

- Bernama


Lihat Komen
ADS