Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRK RANTAU | Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun memberitahu disiplin calon dan parti politik pada pilihan raya kecil kali ini agak kurang memuaskan.

Menyentuh isu pondok panas atau barung, Azhar berkata parti-parti politik sangat degil walaupun diberitahu beberapa kali supaya menutup barung panas ini.

"Saya melawat tiga pusat mengundi. Dan penjalanannya lancar. Cuma dari segi disiplin calon-calon dan parti-parti politik itu bagi saya agak kurang memuaskan."

"Kerana barung-barung panas masih dibina. Dan walaupun saya sendiri suruh berhentikan mereka berhentikan 15 minit.

"Kemudian mula balik. Saya kena amaran dua kali. Baru berhenti Tapi mula balik juga. Dia pakai telefon periksa," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi SK Nyatoh di Rantau.

Menurutnya, barung ini tidak perlu kerana SPR menghantar kad pengundi kepada setiap pengundi di DUN Rantau.

"Semakan pegundi ini tak perlu lagi. Kerana kita dah hantar kad pengundi, boleh disemak di portal SPR, melalui aplikasi pun dah boleh buat.

"Kita pun mempunyai barung SPR sendiri ditiap-tiap pusat mengundi di mana pengundi boleh periksa maklumat-maklumat pengundian itu," tambahnya.

Azhar turut menyatakan rasa gembira selepas tiada insiden tiada diingini berlaku setakat ini.

"Syukur tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini. Tidak ada pergaduhan yang berlaku dan mengganggu ketenteraman awam tidak juga. Cuma suasana itu agak panas," katanya.

Penyokong kedua-dua parti, jelasnya berada 50 meter daripada pusat mengundi.

"Memakai baju-baju dalam logo parti. Tapi tak boleh berkempen ataupun tak boleh membuat apa-apa aktiviti merayu mengundi," katanya lagi.

Sementara itu, Azhar meminta pihak bertanggungjawab untuk membuat laporan sekiranya terdapat dakwaan calon PH Dr S Streram berkempen pada hari mengundi.

Difahami, Streram memberitahu media beliau berharap pengundi Rantau akan mengundi PH selepas ditanya pemberita pagi tadi.

"Kamu nampak, ada video. Itu lah pergi buat laporan. Tolong pergi buat laporan. Saya tak tahu kalau betul-betul dia buat berkempen, tapi ia satu kesalahan.

"Kerana hari mengundi daripada 12 tengah malam semalam daripada hari mengundi sehingga 5.30 petang tak boleh berkempen.

"Tak boleh minta orang mengundi beliau dan sebagainya. Kalau ada bukti video semua, saya pohon tolong buat laporan," jelas beliau kepada pemberita.

Lihat Komen
ADS