Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan tiada rancangan teruskan projek paip TSGP Sabah

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tetap berpegang kepada keputusan membatalkan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai RM4.06 bilion yang disokong oleh China.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Mahathir pada Ogos tahun lepas mengumumkan dua projek saluran paip - TGSP dan projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) di Melaka - dibatalkan bersama dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bagi produk ECRL kerajaan bagaimanapun merunding semula dengan syarikat China yang mengambil masa selama 10 bulan sebelum diteruskan dengan kos lebih murah.

Difahamkan usaha yang sama tidak dilakukan untuk projek TSGP.

Projek itu diuruskan oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER) - anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dbentuk khusus bagi melibatkan diri dalam industri paip dan saliran.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS