Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perancis ikrar bina semula Katedral Notre Dame
Diterbitkan:  Apr 16, 2019 11:40 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

GLOBAL l Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin berikrar akan membina semula bangunan ikonik Katedral Notre Dame di Paris selepas ia rosak teruk dalam satu kebakaran besar, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Perkara paling buruk berjaya dielak meskipun perjuangan belum selesai dan tempoh beberapa jam berikutnya akan menjadi sukar," kata Macron kepada pemberita selepas memeriksa lokasi kejadian.

Beliau berkata satu kempen kebangsaan akan dilancarkan bagi memulihkan monumen berusia 850 tahun itu.

Sementara itu, seorang paderi katedral tersebut berkata kebanyakan karya seni dan barangan berharga berjaya diselamatkan.

Punca kebakaran belum diketahui.

- Bernama

Lihat Komen
ADS