Jiran lapor polis, belacan disangka bau mayat
GLOBAL l Gara-gara memanggang belacan di pangsapuri di luar negara, seorang pengguna Twitter nyaris ditangkap susulan jiran-jirannya yang mendakwa mereka terhidu bau mayat.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Thezulfo berkongsikan kisah bagaimana rakan isterinya disiasat polis Perancis kerana membakar belacan.
“Pengalaman kawan isteri aku yang tinggal di Perancis, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan di apartmen sebab nak buat sambal belacan.
“Sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.
Jelas thezulfo, laporan polis oleh jiran-jirannya itu adalah kerana bau busuk yang pelik dan tidak pernah mereka hidu selama ini.
Ciapannya itu banyak dikongsi di media sosial dan menjadi bahan berita di beberapa portal dan akhbar.

