Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah mahu bukti perbualan antara pegawai bank, Jho Low
Diterbitkan:  Apr 17, 2019 9:24 PM
Dikemaskini: 1:24 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk memaksa seorang saksi pendakwaan mengemukakan bukti perbualan antara pegawai Ambank Joanna Yu Ging Ping dan ahli peniagaan Low Taek Jho.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh, selepas lebih satu setengah jam pasukan peguam dan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas berhujah.

Saksi pendakwaan keempat, bekas pegawai penyiasat Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin diperintahkan untuk menyerahkan item yang dirampas dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Terdahulu ketika memberikan keterangan, Farhan, 32 berkata beliau pergi ke bangunan Ambank pada hari ia diserbu oleh tiga pasukan berlainan daripada Bank Negara.

Katanya beliau kemudian bertemu Ging Ping di tingkat 24 bangunan Ambank di mana wanita itu telah menyerahkan bukti berkenaan.

"Keputusan saya terhadap permohonan ini, berdasarkan permintaan untuk mengeluarkan dokumen berkaitan komunikasi yang disebut oleh pihak pembelaan, adalah relevan. Saksi perlu mengemukakan bukti mengenai komunikasi itu," hakim memutuskan.

Telefon dirampas

Apabila Nazlan bertanya kepada pihak pembelaan apa bukti yang mereka mahukan daripada Farhan, Harvinderjit berkata mereka memerlukan e-mel dan telefon Blackberry Yu yang dirampas- yang mungkin mengandungi perbualan dengan Low, dan beberapa individu lain yang dikaitkan dengan kes itu

"Saya ingin peroleh komunikasi daripada Joanna Yu Ging Ping, Daniel Lee (dari Ambank), Krystle Yap. Ini adalah orang-orang dalam jabatan perhubungan (Ambank) yang berkomunikasi dengan cawangan Ambank dan mereka berkomunikasi dengan kebanyakan orang (berkaitan dengan kes itu).

"(Peguam perlu) E-mel dan telefon Blackberry (yang dirampas) untuk memeriksa sama ada terdapat orang yang berkomunikasi dengan Low Taek Jho," katanya.

Selain Jho Low beberapa nama yang disenaraikan Harvinderjit Singh ialah Nik Faisal Ariff Kamil, Jerome Lee Tak Loong, Terrence Geh Choh Heng, Jasmine Loo Ai Swan, Shahrol Azral Ibrahim, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Ismee Ismail, dan See Yoke Peng.

Nazlan mengingatkan peguam itu bahawa jika perbualan dengan orang-orang tersebut terkandung dalam barangan yang dirampas, mereka perlu dibawa ke mahkamah, yang kemudian dipersetujui oleh Harvinderjit.

Shafee kemudian menambah pihaknya juga memerlukan rakaman rasmi mengenai komunikasi dengan orang lain yang mungkin dimiliki pihak bank dan tidak disita Bank Negara.

Peguam Negara, Tommy Thomas kemudian bangun dan memberi jaminan kepada Nazlan bahawa pendakwaan akan cuba mematuhi perintah itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS