Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sg Kim Kim: Polis minta Interpol kesan warga S'pura
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 10:20 AM
Dikemaskini: 2:20 AM

Pihak polis meminta bantuan Interpol bagi menjejaki seorang warga Singapura berhubung insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd, lelaki dalam lingkungan 30-an itu dikenal pasti sebagai pemilik perusahaan memproses tayar terpakai yang dikatakan terlibat dalam insiden itu.

“Kita dah hantar semua dokumen kepada rakan kita di Singapura berhubung kes ini,” katanya di Kulai semalam, seperti dilaporkan The Star.

Insiden pencemaran Sungai Kim Kim menyebabkan 200 orang dimasukkan ke hospital dan memaksa Kementerian Pendidikan mengarahkan penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang.

Kata Khalil, lelaki tersebut kini diletakkan dalam senarai individu dikehendaki dan pihak polis sedang menunggu pihak berkuasa Singapura untuk memberkasnya.

Setakat ini, 11 orang disoal sisasat berhubung insiden tersebut.

Selain itu, dua pengarah syarikat memproses tayar dan seorang pemandu lori dihadapkan ke mahkamah bulan lepas di bawah Seksyen 34B(1)(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Lihat Komen
ADS