Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki simbah cat di pintu Masjid Tengkera
Diterbitkan:  Apr 19, 2019 6:08 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat ungu di pintu hadapan Masjid Tengkera, di Melaka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Tengkera kira-kira 9 pagi dan pihaknya turut merampas satu tin cat berwarna ungu.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang jemaah yang ingin menunaikan solat subuh di masjid berkenaan kira-kira 6 pagi sebelum menghubungi anaknya yang ketika itu berada di Surau Kampung Lapan.

"Anak lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun itu kemudian pergi ke masjid tersebut untuk melihat insiden yang mana kedua-dua belah bahagian pintu hadapan masjid disimbah cat sebelum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai satu rekod lampau kes jenayah itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS