Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pahang batalkan lesen, permit peniaga jika tak setia raja
Diterbitkan:  Apr 19, 2019 6:44 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Kerajaan Pahang akan menggubal enakmen yang mengkehendaki pengusaha perniagaan di negeri itu menunjukkan taat setia mereka terhadap Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong sebelum permit dan lesen mereka dikeluarkan.

“Apabila hendak keluarkan lesen atau permit, pihak majlis dan agensi yang berkaitan perlu masukkan satu syarat baru sebelum meluluskan permohonan mereka (peniaga),” kata Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail seperti dipetik New Straits Times.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya, syarat itu diluluskan oleh kerajaan negeri memandangkan sikap segelintir pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab menghina raja baru-baru ini yang menyinggung hati banyak pihak.

“Mereka (peniaga) harus menghormati dan menunjukkan taat setia kepada Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permit dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.

"Kita harap syarat tegas ini akan menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan bagi menangani isu-isu seumpama itu (daripada berulang),” katanya lagi.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan dengan lebih lanjut tentang kaedah yang akan diguna pakai bagi mengukur tahap taat setia pengusaha perniagaan terhadap raja sebelum lesen dan permit perniagaan mereka diluluskan. 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS