836 ayam, itik, unggas di Kampung Pasir Wardieburn dimusnahkan
Sejumlah 836 ekor ayam, itik dan unggas dimusnahkan dalam operasi pemusnahan unggas yang dilakukan sejak malam Ahad lalu berikutan penemuan virus selesema burung yang mengakibatkan kematian 40 ekor ayam di sekitar Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.
Sejumlah 836 ekor ayam, itik dan unggas dimusnahkan dalam operasi pemusnahan unggas yang dilakukan sejak malam Ahad lalu berikutan penemuan virus selesema burung yang mengakibatkan kematian 40 ekor ayam di sekitar Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.
Dalam operasi tersebut, 724 ekor ayam, 58 ekor itik, 54 ekor unggas dan 455 biji telur, dimusnahkan dalam kawasan satu kilometer km radius dari kawasan kes indek iaitu Kampung Pasir Wardieburn,
Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Datuk Dr Mustapa Abdul Jalil berkata, operasi itu dilakukan di kawasan 1 km radius dari kes indek, iaitu kampung Pasir Wardieburn, Taman Danau Kota, Pekan Danau Kota dan Rumah Panjang belakang Kompleks JPJ Kuala Lumpur.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, beliau berkata, operasi pemusnahan itu melibatkan anggota JPH, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Manakala operasi pemusnahan, pengawasan dan pemeriksaan turut dimulakan semalam, melibatkan tujuh pasukan dari JPH Selangor dengan tumpuan di kawasan Gombak. Pemeriksaan itu melibatkan 38 pemilik ayam dan unggas, 824 ekor ayam dan pengambilan sebanyak 139 sampel bahan uji.
Pengawasan besar-besaran
Katanya, pemeriksaan akan terus dilakukan di kawasan 2 km hingga 10 km radius dari kawasan kes indeks secara berperingkat bermula esok. Kawasan yang terlibat meliputi bahagian utara hingga ke Setapak, selatan hingga ke Pudu, timur hingga ke kawasan Hulu Klang dan di barat hingga ke Kepong.
Pengawasan besar-besaran ini akan dimulakan esok dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu yang melibatkan kakitangan JPH seluruh Malaysia, pelajar Kedoktoran Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan.
Selain itu, pemeriksaan dan pengawasan ladang di kawasan lain di seluruh negara turut diteruskan dan setakat ini belum ada jangkitan virus selesema burung dikesan. Ini bermakna keadaan di tempat lain masih bebas daripada jangkitan penyakit ini dan semua ayam, itik, dan daging ayam serta itik selamat untuk dimakan.
Orang ramai yang ingin mendapat keterangan lanjut mengenai selesema burung boleh menghubungi talian 03-88702041 atau 03-88702042 yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.