Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Icerd dah berakhir tapi ICC kita akan lihat, kata Saifuddin

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata kerajaan akan melihat semula Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana menanggap isu itu sebelum ini telah dikelirukan pihak tertentu.

Saifuddin berkata pihak yang memanipulasikan fakta sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan menyebabkan triti berkenaan tidak berjaya diratifikasi.

"Untuk Icerd ia telah berakhir tetapi bagi ICC kita akan lihat. Kerana kami anggap ia sebagai temberang. Sebab ada orang yang secara mudah temberang. Dan mereka kelihatan tak mampu pertahankan diri," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kementerian Luar, Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada tindakan kerajaan dalam kedua-dua triti tersebut telah berakhir.

Saifuddin berkata, pada masa akan datang, kerajaan akan belajar daripada pengalaman dalam menangani isu-isu sedemikian.

"Pertamanya, mungkin kita boleh berkomunikasi dan menjelaskan lebih baik kepada orang ramai.

"Dan kedua kita juga menghadapi orang yang memanipulaiskan fakta dan mereka tidak menjelaskan perkara sebenar mengenai Icerd dan ICC.

"Dan manipulasi fakta itu menjurus kepada kekeliruan dan kadang-kala menakut-nakutkan (orang ramai)," katanya.

Pada 5 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai ICC yang telah dimeterai negara.

Mahathir berkata keputusan itu diambil berikutan kekeliruan ditimbulkan sesetengah pihak dan bukan disebabakn Statut itu membahayakan negara.

Sebelum ini dilaporkan, empat ahli akademik menyediakan kertas kerja yang dikatakan digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu agar menolak ratifikasi statut berkenaan.

Lihat Komen
ADS