Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rayuan Najib singkir Sri Ram: Mahkamah dijangka putuskan Mei ini

Mahkamah Rayuan belum membuat keputusan berhubung rayuan bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk menyingkirkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram daripada menerajui pasukan pendakwaan dalam kes-kes  berkaitan dengan 1MDB.

Keputusan berhubung rayuan itu dijangka akan diputuskan hakim Mahkamah Rayuan sebelum 14 Mei nanti.

Rayuan didengar oleh panel tiga hakim diketuai Zabariah Mohd Yusof, Rhodzariah Bujang dan Lau Bee Lan.

Pendengaran rayuan yang bermula kira-kira jam 9 pagi tadi berakhir sekitar jam 1.15 petang.

Lantaran itu, kes perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram dan jenayah pecah amanah dana SRC Intrrnational Sdn Bhd terpaksa ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menyingkirkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah berdasarkan hujahan peguam Najib dan pendakwaan.

Berikutan keputusan itu, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap mahkamah rayuan.

Shafee memberitahu pemberita kemudiannya, bahawa beliau memohon mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan kes Najib berkaitan 1MDB sementara menunggu rayuan itu didengar.

Najib memohon mahkamah supaya membatalkan penglibatan Sri Ram yang dilantik secara fiat oleh Peguam Negara Tommy Thomas pada Ogos tahun lalu sebagai timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan terhadap kes bekas perdana menteri itu.

Shafee Abdullah mengetuai pasukan peguam Najib, manakala Timbalan Pendakwa Raya Akram Gharib mewakili pasukan pendakwaan.

Lihat Komen
ADS