USM 5: Pelajar cuba dapatkan campurtangan politik
Terjemahan Sekumpulan pelajar sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada parti politik dan pertubuhan masyarakat untuk meningkatkan tekanan terhadap Universiti Sains Malaysia (USM) supaya menggugurkan dakwaan terhadap lima pelajarnya.
Terjemahan Sekumpulan pelajar sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada parti politik dan pertubuhan masyarakat untuk meningkatkan tekanan terhadap Universiti Sains Malaysia (USM) supaya menggugurkan dakwaan terhadap lima pelajarnya.
Pelajar terbabit menghadapi dakwaan melanggarkan disiplin kerana pembabitkan mereka dalam kempen untuk memulaukan pilihanraya kampus September lalu.
Kumpulan pelajar berkenaan yang menamakan diri mereka Barisan Progresif Pelajar USM (SPF) telah menghantar satu kenyataan kepada parti politik serta pertubuhan masyarakat dalam usaha untuk mendapatkan sokongan mereka.
Menurut mereka, kenyataan tersebut akan diedarkan kepada pihak media esok.
Lima pelajar berkenaan didakwa telah mengedarkan risalah dan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media, menggesa pelajar supaya memulaukan pilihanraya kampus itu yang dicemari dengan dakwaan berlakunya ugutan dan penyelewengan.
Pelajar terbabit telah dipanggil untuk menghadiri sesi siasatan Isnin lalu.
Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, para pelajar tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media atau mengedarkan sebarang barangan tanpa kebenaran bertulis naib canselor.
Sistem mesti diubah
SPF bersama badan-badan pelajar yang lain juga telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Selasa lalu.
Menurut jurucakapnya, Lee Huat Seng, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam telah berjanji untuk menghadiri sesi siasatan sebagai pemerhati jika dibenarkan oleh pihak universiti.
P
ada masa lalu, permohonan yang serupa ditolak oleh pihak berkuasa Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.
Menurut Lee, pesuruhjaya itu berkata, Suhakam sedang membincangkan isu tersebut dengan Kementerian Pengajian Tinggi selepas menerima aduan daripada pelajar.
Ditanya sama ada Menteri Pengajian Tinggi yang baru Datuk Mustapha Mohamad dan Timbalannya Datuk Ong Tee Kiat akan membawa sebarang perubahan, Lee berkata, sistem dan undang-undang yang ada mesti ditukar terlebih dahulu.
Ketika dihubungi kemudiannya, Ong enggan mengulas mengenai isu tersebut dengan alasan beliau masih di peringkat membiasakan dirinya dengan portfolio barunya itu.
Mana-mana pertubuhan yang ingin menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan tersebut boleh menghubungi Chon Kai di talian 019-5669518 atau 04-6582285. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.