Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRK SANDAKAN |  Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata keadaan di Sabah adalah berbeza dan tinjauan yang menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap pentadbiran PH diperingkat persekutuan bukanlah suatu penghalang.

Katanya, tinjauan yang dibuat Merdeka Centre itu tidak memebri kesan yang besar terhadap pilihan raya kecil kali ini.

Menurut Shafie yang juga presiden Warisan perebutan kerusi parlimen di Sandakan tidak boleh dibandingkan dengan pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia.

"Tapi orang Sabah tahu apa yang mereka mahu, bukan orang Merdeka Center yang tahu tentang keadaan di sini.

"Kita tak bolek letak PRK Semenyih atau Cameron Highlands dalam keadaan di negeri Sabah," jelasnya.

PH tewas pada PRK Semenyih dan PRK Cameron Highlands.

Merosot jatuh sehingga 39 peratus

Tinjauan bebas yang dikendalikan Merdeka Centre mendapati sokongan terhadap kerajaan persekutuan merosot daripada 79 peratus apabila ia mula berkuasa pada Mei 2018 sehingga 39 peratus pada bulan Mac.

Kedudukan tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga menurun daripada 83 peratus kepada 46 peratus dalam tempoh yang sama.

Buat kali pertama sejak Mei 2018, lebih ramai orang juga berfikir Malaysia kini berada di atas landasan yang salah, iaitu sebanyak 44 peratus responden dalam kaji selidik, berbanding 34 peratus yang percaya negara sedang bergerak ke arah yang betul.

Walau bagaimanapun, perlu diingat Malaysia Timur merupakan satu-satunya kawasan di mana lebih ramai orang berfikir bahawa negara sedang berada di atas landasan yang betul, iaitu sebanyak 41 peratus responden kaji selidik, berbanding 35 peratus yang menganggap negara bergerak ke arah yang salah.

Kempen selama dua minggu untuk pilihan raya kecil Sandakan bermula hari ini. PRK ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon DAP Vivian Wong dan Linda Tsen dari PBS, bekas parti BN.

Sementara calon bebas ialah Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.

Shafie berkata kerajaan Sabah, termasuk gabungan antara Parti Warisan Sabah, PH dan Upko, mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan kerajaan persekutuan.

MP Semporna itu berkata calon DAP boleh membantu membawa pembangunan ke Sandakan berbanding calon-calon lain.

"Di Sabah, kita ada rancangan. Saya baru balik dari China, kami akan membawa pelabur datang dengan (pelaburan) berjumlah berbilion ringgit.

"Semoga ini akan menjadi kenyataan dan saya yakin apabila menjadi kenyataan akan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita di Sandakan selepas proses penamaan calon.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS