Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan polis dibuat terhadap 'anak murid' Zakir Naik

Pengerusi NGO Agamam Ani, Arun Dorasamy berkata laporan polis dibuat terhadap Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang mengaku sebagai 'anak murid' kepada penceramah kontroversi Dr Zakir Naik.

Jelas Arun, laporan polis itu dibuat di seluruh negara susulan tindakan Zamri Vinoth yang dikatakan menghina agama Hindu di laman media sosial.

"Kami hari ini di balai polis IPD (ibu pejabat daerah) Sentul sahaja membuat 80 laporan polis secara besar-besaran terhadap Zamri Vinoth.

"Kalau kira seluruh negara sudah melebihi lebih 300 laporan polis setakat ini," katanya kepada Malaysiakini.

Arun berkata pihaknya akan terus membuat laporan dan bersedia menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Tambah Arun, kenyataan Zamri bersifat sensitif dan boleh mengundang ketegangan antara agama di negara ini.

"Beliau sangat aktif menghina dan mencabar agama Hindu yang menggelarkan dirinya sebagai anak murid Zakir Naik sejak tahun 2012.

"Saya nampak, masyarakat Melayu sendiri tidak menerima hujah Zamri sehingga banyak yang mengkritik beliau sebagai tidak matang dan tidak menghormati sensitiviti agama lain.

"Jadi, kami nak pihak polis dan kerajaan segera mengambil tindakan tegas terhadap Zamri yang jelas menyemarakkan sikap perkauman di Malaysia," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS