Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bubar pasukan khas polis: Anggota tak perlu khuatir - Pemangku DIGP

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata anggota PDRM atau orang ramai tidak perlu khuatir dan gusar mengenai langkah kerajaan membubarkan beberapa pasukan khas.

Beliau berkata penempatan semula anggota daripada tiga pasukan khas itu sedang dilakukan ke tiga jabatan utama polis.

"Pembubaran Stafoc, Stagg dan Sting. Warga PDRM dan orangramai tidak perlu khuatir ataupun gusar berhubung dengan pembubaran pasukan-pasukan petugas khas tersebut.

"Penempatan semula semua pegawai dan anggota sedang dilakukan dwngan berperingkat-peringkat selepas waran perjawatan diterima dari JPA.

"Sebilangan besar sudah dan selenihnya akan ditempatkan semula di tiga jabatan utama PDRM, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, sesuai dengan pengalaman dan pengalaman mereka.

"Segala peralatan, kelengkapan khas yang dibekalkan selama ini akan terus dimanfaatkan," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menjelaskan pembubaran pasukan khas tersebut bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan peranan berganda antara jabatan PDRM dengan pasukan khas berkenaan.

Pasukan yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Lihat Komen
ADS