Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri akan serah syor kertas dasar kepada PM esok
Diterbitkan:  May 1, 2019 12:40 AM
Dikemaskini: 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution akan mengesyorkan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan anjakkan terhadap beberapa dasar, dalam perbincangan menteri-menteri kabinet bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang bermula pukul 3.00 petang esok.

Beliau berkata fokus kementeriannya sudah pasti terarah kepada isu-isu kos berkaitan sara hidup rakyat yang merupakan bidang yang menjadi keutamaan.

"Syor-syor saya adalah berupa keperluan untuk kerajaan menimbangkan...kalau perlu lakukan anjakkan terhadap beberapa dasar, misalnya dalam rangkaian bekalan yang mewujudkan keadaan yang tidak seimbang kalau berlaku.

"Umpamanya polisi yang melahirkan keadaan yang "lopsided" dimana ia memberikan keuntungan kepada satu pihak tetapi tidak kepada pengguna terbanyak harus dikaji semula," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Terdahulu, Saifuddin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ketika membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Saifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak berkata perbincangan antara para menteri kabinet dan Perdana Menteri dilakukan pada tarikh 1 Mei, yakni cuti umum Hari Pekerja, supaya perbincangan itu lebih teliti, perinci dengan tiada kekangan masa.

Katanya, fokus perbincangan adalah supaya kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada fungsi melakukan tugas ke arah "job creation" supaya rakyat ada kerja, boleh menjanan pendapatan dan meneruskan kehidupan.

"PM berkata ini sangat berbeza kalau kerajaan terus memberikan fokus kepada memberi semata-mata bantuan segera. Kerajaan harus melihat peranan sebenar dan tugas sebenar iaitu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan memastikan pertumbuhan ekonomi berlaku secara dinamik dan "to facilitate" apa juga cadangan yang datang untuk sesuatu idea pelaburan dan perniagaan yang disampaikan," katanya.

Tambahnya, PM mahu jemaah menteri faham tugas semua menteri adalah untuk "facilitate business community" dan tugas mereka (para peniaga) adalah membantu kerajaan mencipta peluang pekerjaan.

"Saya difahamkan ada dikalangan menteri-menteri termasuk kementerian kewangan dan kementerian kesihatan telah siapkan kertas-kertas polisi mereka yang akan dikongsikan esok," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS