Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Xavier: Laporan isu tanah persekutuan dibentang dalam sebulan

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan meneliti tanah persekutuan yang diberikan kepada pihak ketiga dalam tempoh 20 tahun lalu dijangka akan membentangkan laporan dalam tempoh sebulan.

Xavier Jayakumar berkata pasukan petugas khas itu ditubuhkan selepas dia mengambil alih kementerian susulan kemenangan PH dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Dalam wawancara sempena setahun PH mengambil alih kerajaan pada 9 Mei, menteri itu berkata proses panjang itu dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

"Mereka masih menyusul data yang diperlukan yang saya minta sebelum ini.

"Dalam bulan depan, saya akan ada data penuh berapa banyak tanah sudah diberikan, untuk tujuan apa, di mana, dan nilainya.

"Saya akan bawa maklumat ini kepada kabinet untuk mereka putuskan langkah seterusnya," katanya.

Antara lain, kata Xavier, pasukan petugas khas itu menyasarkan untuk mengenal pasti pembaziran sumber kerajaan di bawah pentadbiran BN.

Tambahnya, sementara itu, tiada kelulusan baru yang diberikan untuk penjualan atau penyewaan tanah kerajaan.

"Ketika ini, kita berhenti untuk berikan tanah kepada sesiapa, kecuali ada arahan kabinet.

"Jika ada transaksi yang perlu dilakukan untuk pajakan atau pembelian tanah persekutuan, ia adalah pada kadar pasaran," katanya sambil menambah bahawa nilai itu akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

"Kita mahu pastikan apa-apa milik kerajaan, sama ada tanah, sumber asli atau air, digunakan sebaik mungkin.

"Kita tidak ada sebarang 'urusan bawah meja' dalam kementerian," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS