Awas! Siar karikatur hina Nabi dalam Internet boleh dikenakan tindakan
Awas! Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan karikatur mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui internet boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.
Awas! Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan karikatur mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui internet boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.
Itulah amaran oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor sebagai mengulas kontroversi yang membabitkan penyiaran karikatur tersebut dalam beberapa akhbar tempatan.
Dua akhbar Sarawak Tribune dan Guangming Daily telahpun dikenakan tindakan penggantungan selepas menyiarkan karikatur tersebut.
Semalam, akhbar New Straits Times (NST), telah memohon maaf kerana menyiarkan kartun yang berkaitan dengan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap NST kerana sudah memohon maaf.
RTM dipanggil
Manakala pihak pengurusan RTM pula akan dipanggil untuk menjelaskan mengenai penyiaran klip video yang memaparkan karikatur tersebut dalam berita Mandarian TV 2 pada 3 Februari lalu.
Shaziman berkata: "Akta ini jelas, di mana sesiapa sahaja yang didapati menyebarkan bahan berunsur lucah, menghina, mencerca dan merosakkan mana-mana pihak, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya.
"Jika disabitkan kesalahan dan orang berkenaan masih melakukan kerja ini, maka mereka akan dikenakan tindakan denda RM1,000 bagi setiap hari penyebaran dibuat dalam internet," katanya.
Menurut laporan Bernama bliau berkat demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan orang ramai terhadap penyebaran karikatur berkenaan menerusi internet di negara ini yang boleh menjadi bahan mainan dan ejekan orang ramai.
Shaziman berkata, kementerian sedang memantau perkara itu dan orang ramai boleh bekerjasama dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan pihaknya akan mengesan sumber yang menyebarkan karikatur berkenaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.