Sokongan untuk USM 5 semakin meningkat
Terjemahan Sokongan terhadap lima pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang didakwa melanggar disiplin oleh pihak berkuasa universiti tersebut, semakin meningkat.
Terjemahan Sokongan terhadap lima pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang didakwa melanggar disiplin oleh pihak berkuasa universiti tersebut, semakin meningkat.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dianggotai pelbagai badan pelajar, hari ini meminta Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Mustapa Mohamed supaya campurtangan dan menggugurkan tuduhan terhadap mereka.
"SMM meletakkan harapan yang tinggi kepada Datuk Mustapa untuk memulihkan keyakinan pelajar, para akademik dan rakyat Malaysia terhadap institusi pengajian tinggi di negara ini," kata Presiden SMM, Ahmad Rifaudin Abd Wahab.
Lima pelajar terbabit akan menghadapi sesi siasatan kerana didakwa terbabit dalam kempen mendesak pelajar supaya memulaukan pilihanraya kampus September lalu.
Sesi siasatan tersebut pada mulanya dijadual diadakan Isnin depan tetapi telah ditangguh ke tarikh yang tidak ditetapkan lagi.
Ahmad Rifaudin juga menggesa Mustapa supaya menggugurkan tuduhan terhadap 14 lagi pelajar di Universiti Malaysia (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menghadapi tuduhan yang sama.
Semua kes tersebut masih menunggu dibicarakan menyebabkan pelajar-pelajar terbabit mengalami tekanan mental yang berlarutan," kata presiden SMM itu lagi.
Tiada niat jahat
"Kami semua yang telahpun didakwa, bersedia untuk menghadapi siasatan kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan dakwaan tersebut juga tidak munasabah," katanya.
Ketika pilihanraya kampus September lalu, kumpulan'pro-establishment' untuk pertamakalinya berjaya menguasai kesemua 17 universiti tetapi wujud dakwaan berlakunya penyelewengan dan pemulauan oleh pesaing mereka.
Kumpulan'anti-establishment' kemudiannya melancarkan siri kempen dan demonstrasi melalui SMM.
Ahmad Rifaudin juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan menteri baru itu untuk membincangkan mengenai beberapa isu penting, termasuk gesaan supaya dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
"Kami telah menghantar malam tadi permohonan untuk berjumpa beliau. Kami berharap dapat bertemu beliau minggu depan," katanya.
Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia Aliran, Hakam dan Suaram turut menggesa USM supaya menggugurkan semua tuduhan terhadap lima pelajarnya itu.
Dalam satu surat rayuan kepada Timbalan Naib Canselor USM bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Jamaludin Mohaiadin, mereka berkata, kelima-lima pelajar berkenaan "bertindak tanpa niat jahat tetapi amat bimbang dengan prosedur pemilihan yang menyekat demokrasi di kampus."
"Kami menggesa pihak berkuasa universiti supaya mewujudkan satu budaya intelektual yang dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritikal yang menguntungkan negara pada masa akan depan," kata surat tersebut.
Salinan surat tersebut juga turut dihantar kepada Mustapa, Naib Canselor USM Prof Dzulkifli Abdul Razak serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.