Telefon bimbit Dr Koh Tsu Koon kena curi
Pencuri tidak mengenal siapa mangsa mereka itulah yang terjadi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Pencuri tidak mengenal siapa mangsa mereka itulah yang terjadi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau telah kehilangan kehilangan telefon bimbit walaupun dijaga oleh pengawal peribadinya.
Sebelum itu, Dr Koh telah menyerahkan telefon bimbitnya untuk disimpan oleh pengawal peribadinya ketika menyaksikan pelumba kereta Karamjit Singh membuat aksi pemanduan sempena program realiti televisyen "MyTeam" yang diadakan bagi mencungkil bakat baru bola sepak, di Kepala Batas hari ini.
Pengawal peribadinya telah menyimpan telefon bimbit PDA jenis Sony Ericsson P900 milik Dr Koh itu dalam beg poket di pinggangnya ketika mengiringi Ketua Menteri itu menyaksikan persembahan itu bersama-sama orang ramai.
Menurut laporan Bernama, pengawal peribadi itu bagaimanapun tidak menyedari pencuri telah menyeluk beg poketnya dan melarikan telefon bimbit Dr Koh.
Menurut sumber, kehilangan telefon bimbit itu cuma disedari apabila Dr Koh meminta balik telefon bimbitnya dan pengawal peribadinya mendapati beg poket yang diselit di pinggangnya telah kosong.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.