Sebuah lagi akhbar di Sarawak digantung
Terjemahan Satu lagi akhbar di Sarawak digantung oleh kerajaan kerana menyiarkan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW. Kali ini mangsanya ialah akhbar berbahasa Cina Berita Petang .
Terjemahan Satu lagi akhbar di Sarawak digantung oleh kerajaan kerana menyiarkan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW. Kali ini mangsanya ialah akhbar berbahasa Cina Berita Petang .
Ia merupakan akhbar kedua di Sarawak yang digantung oleh kerajaan kerana menyiarkan karikatur tersebut. Sebelum ini tindakan yang sama dikenakan ke atas akhbar berbahasa Inggeris, Sarawak Tribune .
Menurut Bernama, Kementerian Keselamatan Dalam negeri telah mengeluarkan arahan penggantungan selama dua minggu ke atas Berita Petang berkuatkuasa esok.
Ini berikutan akhbar berkenaan telah menyiarkan sebuah arkel yang dianggap berunsur hasutan bertajuk "Kami bersedia melancarkan perang jihad" dalam edisi 4 Februari.
Artikel tersebut disiarkan bersama beberapa karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW, yang telah disiarkan dalam sebuah akhbar Denmark September lalu.
Berikutan bantahan umat Islam di seluruh dunia, kerajaan telah mengenakan larangan "mencetak, mengimport, mengeluarkan, mengeluarkan semula, menerbit, menjual, mengilang atau mengedarkan" karikatur tersebut kerana ia boleh "mengancam keselamatan dan ketenteraman awam".
Berita Petang merupakan akhbar ketiga yang digantung penerbitannya dalam tempoh sebulan ini. Awal bulan ini, akhbar berbahasa Inggeris Sarawak Tribune digantung untuk tempoh yang tidak ditetapkan. Manakala akhbar berbahasa Cina Guangming Daily digantung selama dua minggu.
Kedua-dua akhbar berkenaan telah menyiarkan gambar agensi berita asing yang memaparkan seorang pembaca membaca sebuah akhbar luar negeri yang mencetak semula salah satu karikatur tersebut.
Ditubuh ahli perniagaan Sibu
Berita Petang , yang merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Cina edisi petang di Sarawak, ditubuhkan pada awal tahun 1970-an oleh sekumpulan ahli perniagaan di Sibu.
Ia kemudiannya diambilalih oleh International Times Press Sdn Bhd, milik mendiang Wee Boon Ping, bekas Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersekutu Malaysia, pada awal 1990-an.
Kumpulan tersebut juga menyiarkan International Times , akhbar harian popular berbahasa Cina di Kuching, yang kini diuruskan oleh anak lelaki sulung Wee Wee Kok Tiong.
Kok Tiong merupakan calon Barisan Nasional yang tewas kepada calon DAP bagi kerusi Parlimen Kuching dalam pilihanraya umum 2004.
Akhbar International Times dan Berita Petang dikatakan mendapat sambutan menggalakkan kerana penerbitannya mendapat sokongan masyarakat perniagaan Cina. Kedua-duanya lebih liberal berbanding dengan tujuh lagi akhbar berbahasa Cina di Sarawak. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.