Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah jawab Pandikar: Tak tahu 1MDB tapi tetap tanggung akibatnya

PRK SANDAKAN | Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkritik bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kerana meremehkan skandal 1MDB ketika berkempen dalam PRK Sandakan hari ini.

Timbalan perdana menteri itu berkata, walaupun ada sesetengah kawasan yang mungkin tidak pernah mendengar tentang isu itu, mereka tetap membayar harganya.

"1MDB skandal terbesar di dunia. Belanjawan kita defisit (kerananya), yang sepatutnya kita boleh gunakan untuk Sabah atau Sandakan.

"Dengan berkata demikian, dia cuba melepaskan dirinya daripada 1MDB...(Kata-kata Pandikar) tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) Vivian Wong, hari ini.

Pandikar membuat kemunculan mengejutkan di Pulau Berhala semalam, dan menyindir PH yang membangkitkan skandal itu dalam kempen.

"Siapa dengar isu-isu ECRL? Binatang (apa) ECRL? Apa itu 1MDB? Pernah dengar 1MDB?" kata Pandikar dalam ceramahnya. Sejumlah hadirin menggelengkan kepala mereka.

Pandikar berkempen untuk Parti Bersatu Sabah - dahulu sebahagian daripada BN Sabah - yang merupakan pesaing utama PH dalam PRK ini.

Kemunculan Pandikar itu menarik perhatian kerana sebelum ini menyatakan sokongan terhadap PH dan Warisan selepas keluar Umno.

Beliau bagaimanapun tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana parti.

PRK Sandakan diadakan selepas kematian penyandangnya, Stephen Wong pada 28 Mac lalu.

Anak Wong, Vivian berdepan Linda Tsen dari PBS dan tiga calon bebas - Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS