Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan arah kedai makan tutup sementara solat Terawih

Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan, bermula jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di masjid atau surau, yang lazimnya diadakan sepanjang waktu itu.

Arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri melalui satu notis 6 Mei 2019 (hari ini) dan berkuat kuasa serta-merta.

Notis yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Adnan Hussin itu juga mengarahkan agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan arahan kepada pengusaha kedai makan dan restoran di kawasan masing-masing.

"Dimaklumkan semua penguasaha kedai makan dan restoran diarah menutup atau menghentikan sementara operasi dari jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan.

"Arahan ini adalah bagi menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang sunat terawih secara berjemaah di masjid atau surau," kata notis tersebut.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan kerajaan negeri mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai arahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan berkenaan penguatkuasaan arahan tersebut oleh PBT.

"Ya betul, tapi setakat ini belum pasti akan dikuat kuasa atau tidak. Tengok esok macam mana," katanya yang turut berkata arahan itu tidak pernah dikeluarkan pada tahun-tahun sebelumnya. 

Lihat Komen
ADS