Najib pinda kenyataan isu penggabungan syarikat telekomunikasi
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak telah meminda kenyataan Facebooknya selepas mendakwa akan ada kehilangan pekerjaan "mandatori" dari cadangan penggabungan syarikat telekomunikasi Axiata Malaysia dan Telenor Norway.
Najib sebelum ini telah berkongsi laporan Berita Harian yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Jamaludin Ibrahim memberi jaminan bahawa tidak akan ada pemberhentian kerja dan sebarang pertindihan tugas akan ditangani melalui "MSS dan VSS".
Najib mendakwa bahawa MSS merujuk kepada "Skim Pemisahan Mandatori".
"MSS bermaksud penamatan mandatori pekerjaan," katanya.
Tiga belas jam kemudian, Najib meminda kenyataan itu untuk memasukkan perkataan "Mutual", merujuk kepada "Skim Pemisahan Bersama".
Skim Pemisahan Bersama merujuk kepada pekerja yang memilih untuk meninggalkan pekerjaan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
Jamaludin menegaskan bahawa tidak akan ada pemberhentian pekerja dan apa-apa potongan pekerjaan akan sukarela, lapor TheSun.
"Kalau ada sekalipun, ia akan semata-mata sukarela (melalui skim pemisahan sukarela dan skim pemisahan bersama)," katanya dipetik sebagai berkata.

