Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tak patut jika masjid, kuil besar tapi pendidikan terbiar'

Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan pendidikan berbanding pembinaan rumah ibadat besar untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Sokong masjid dan kuil kita (di Malaysia) tetapi masa hadapan bergantung pada pendidikan yang baik," katanya.

Selanjutnya, Anwar berkata menjadi tugas kerajaan menyelesaikan masalah orang miskin tetapi keutamaan perlu diberikan terhadap aspek pendidikan.

"Kami perlu bekerja sama bagi membantu orang miskin tanpa mengira kaum. Keutamaan adalah pada pendidikan. 

"Kita tidak boleh memiliki masjid yang hebat jika mengorbankan pendidikan.

"Begitu juga dengan orang India, sekiranya (dibina) kuil yang hebat dan besar tetapi nasib sekolah Tamil tidak dipedulikan," kata MP Port Dickson.

Beliau menyampaikan ucapan sebagai tetamu khas majlis makan malam anjuran Malaysian Association of Indian University Graduates di sebuah hotel di Putrajaya petang ini.

Anwar juga berkata orang ramai tidak boleh mempergunakan agama sebagai jalan pintas ke syurga.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS