Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Bossku Sabah' faktor DAP menang di Sandakan, kata Guan Eng
Diterbitkan:  May 12, 2019 3:48 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keyakinan pengundi Sandakan terhadap Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal merupakan salah satu faktor kemenangan calon PH Vivian Wong dalam pilihan raya kecil, semalam.

"Keyakinan dan sokongan penuh daripada pengundi Sandakan untuk 'Bossku Sabah', Shafie yang telah bersama-sama turun berkempen dari rumah ke rumah selama berhari-hari dan berucap di dalam banyak ceramah DAP, termasuk 45 minit di ceramah malam terakhir di dalam hujan lebat tanpa berpayung.

"Ramai pengundi Sandakan, termasuk pengundi Melayu dan Muslim, tersentuh dengan semangat beliau untuk berkhidmat, membangunkan dan membawa perubahan untuk menjadikan Sabah lebih baik, lebih makmur dan bersih untuk semua tanpa mengira bangsa atau agama," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Vivian Wong berjaya mempertahankan kerusi mendiang ayahnya, Stephen Wong selepas meraih kemenangan buat PH dengan 11,521 majoriti undi mengalahkan calon PBS Linda Tsen dan tiga calon bebas lain.

Tsen, yang mendapat sokongan BN, hanya mampu meraih 4,491 undi.

Mengulas lanjut, Lim berkata, pihaknya yakin bahawa di bawah kepimpinan Shafie, DAP akan mampu melaksanakan janji kepada pengundi Sandakan.

Jelas Lim, kemenangan itu bukan saja tanda sokongan rakyat terhadap Shafie tapi juga pada kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, selain penolakan terhadap rasuah dan kerajaan kleptokrasi.

Lihat Komen
ADS