Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim: Masih ada rakyat Malaysia taasub dengan peristiwa 13 Mei
Diterbitkan:  May 13, 2019 4:03 PM
Dikemaskini: May 14, 2019 5:38 AM

Mengulas rusuhan kaum 13 Mei 1969, bekas pengerusi majlis penasihat kerajaan Daim Zainuddin menyifatkan masih ada rakyat Malaysia hari ini yang tidak belajar daripada kejadian 50 tahun lalu itu.

The Malaysian Insight memetik bekas menteri kewangan itu sebagai berkata, golongan yang menggunakan retorik perkauman dan agama memilih untuk taksub dengan 13 Mei, bukannya kisah kejayaan rakyat Malaysia berganding bahu menentang penjajah dan ancaman negara lain.

“..Sekali lagi, kita ada kumpulan yang berkata ‘kedudukan kami terancam’. Kita terancam kerana kita tidak bersatu. Jika kita bersama, tidak ada sesiapa boleh ancam kita. Kita berlawan bersama dan menang.

“Kenapa kita hantar mesej yang salah pada anak-anak kita? Kenapa? Kita bersama di sini. Sejarah itu sejarahlah, kita kena terima realiti, kita melawan komunis bersama, selagi kita bersatu, kita okay,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Daim berkata, orang Melayu tidak seharusnya terlalu bertumpu pada perkara yang sudah menjadi sejarah.

Sebaliknya, jelas Daim, orang Melayu perlu lebih banyak berfikir tentang keadaan semasa untuk membina negara.

“Jadi biarlah jadi pengajaran. Tidak guna bercakap tentang empayar Melaka yang berjaya kerana jika benar ia berjaya, ia tidak akan mungkin ditakluki.

“Fikir saja tentang masa sekarang, masa depan, bagaimana hendak membina negara ini,” katanya.

Malaysiakini sedang mengumpul sejarah lisan berkenaan insiden 13 Mei. Kongsi cerita 13 Mei anda di sini

Menurut laporan Majlis Gerakan Nasional (Mageran), rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 menyebabkan 196 rakyat dari pelbagai kaum terkorban.

Laporan khas Malaysiakini tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969:

13 Mei, moga tak berulang

50 tahun insiden 13 Mei, di mana jalan perdamaian?

Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang

Pembunuhan dan haru-biru di Kampung Baru

Lihat Komen
ADS