Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Ahli parti tak dapat jawatan tetap nikmati pembangunan

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini cuba menenangkan ahli partinya yang tidak senang kerana tidak mendapat jawatan penting dalam kerajaan selepas PH mengambil alih Putrajaya.

Dr Mahathir berkata, parti itu terikat di bawah manifesto PH untuk tidak membuat pelantikan politik.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, pihak yang berkorban demi memastikan kemanangan PH akan tetap mendapat ganjaran dengan cara yang lain.

"Saya yakin ramai ahli dan pemimpin parti kita rasa kecewa kerana kemenangan parti tak beri sesuatu kepada mereka.

"Sebaliknya ada pejuang-pejuang lain pemimpin parti yang dapat tempat sebagai perdana menteri, menteri, timbalan perdana menteri dan macam-macam jawatan.

"Kita tak dapat memberi jawatan-jawatan ini kepada semua jawatan-jawatan ini terhad bilangannya.

"Tapi percayalah dengan adanya pemimpin, kita memimpin kerajaan, negara jadi lebih aman makmur membangun dengan lebih cepat dan akan memberi lebih nikmat kepada kita semua.

"Akhirnya kita akan dapat sesuatu bukan secara langsung. Mungkin secara tak langsung. Sama ada kita dapat peluang pekerjaan, berniaga, anak dapat biasiswa untuk belajar luar negara, dibekali dengan api elektrik, air yang cukup, jalan yang baik, landasan keretapi laju dan macam-macam lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada program berbuka puasa anjuran Bersatu di Putrajaya hari ini.

Tambah perdana menteri itu, beliau pernah mendengar keluhan sama ketika bersama Umno dan memberitahu golongan yang mengeluh bahawa mereka akan menikmati pembangunan meskipun tidak mendapat jawatan dalam kerajaan.

Jelas Dr Mahathir, sempena Ramadan, ahli parti perlu belajar mengawal kemahuan mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS