Jawatan Presiden IT diisi, tapi ada ahli exco membantah
Terjemahan Timbalan Presiden Transparency International (IT) Lee Chong Sam telah dilantik sebagai presiden yang baru manakala ahli exco TI dilantik menggantikannya sebagai timbalan presiden.
Terjemahan Timbalan Presiden Transparency International (IT) Lee Chong Sam telah dilantik sebagai presiden yang baru manakala ahli exco TI dilantik menggantikannya sebagai timbalan presiden.
Perlantkkan tersebut dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Lee sendiri, tanpa kehadiran Datuk Param Cumaraswamy (foto), yang
meletak
jawatanny sebagai presiden yang mencetus krisis dalam TI.
Majoriti kalangan lapan ahli exco yang menghadiri mesyuarat tersebut mengundi Lee dan Anwar bagi mengisi jawatan tersebut secara mengangkat tangan, manakala seorang lagi ahli exco membantah dan bertindak meninggal mesyuarat tersebut serta meletak jawatan pada hari berikutnya.
Beliau masih belum menjawab soalan yang dihantar kepadanya melalui faks oleh malaysiakini.
Ada di kalangan ahli yang tidak bersetuju apabila Lee dan Anwar turut hadir ketika pengundian dibuat, dengan alasan ianya bertentangan dengan norma dan prosedur pertubuhan.
'Ikut perlembagaan'
Ketika dihubungi, Lee mengakui, dua ahli ezxo menyuarakan bantahan mereka ketika mesyuarat itu dan meminta supaya perlantikan baru itu ditangguhkan, sebaik-baiknya selepas mesyuarat agung TI yang dijadual pada 18 Mac ini.
Bagaimanapun, menurut Lee, ahli exco "perlu mengisi kekosongan itu secepat mungkin" dan perlantikan itu dibuat mengikut perlembagaan.
Menurut Fasal 10(c) perlembagaan T1, apabila berlaku kekosongan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan bendahari, ahli exco hendaklah, dalam mesyuarat berikutnya, atau secepat mungkin melantik salah seorang ahlinya mengisi jawatan berkenaan."
Mengenai kehadirannya dan Anwar ketika diadakan pengundian, Lee berkata: "Perlembagaan hanya menyebut ahli exco akan membuat perlantikan, ia tidak menyebut siapa yang tidak boleh mengundi. Jadi ialah satu salahtafsiran untuk mengkritik (kehadirannya dan Anwar).
Beliau menyebut contoh di mana para calon bagi pemilihan parti politik atau pilihanraya umum berhak untuk mengundi. Lee dan Anwar dijangka memegang jawatan masing-masing sehingga pemilihan diadakan pad 2007.
Enggan mengulas
Lee bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perletakan jawatan seorang ahli exconya an hanya berkata "ia ada kaitan dengan mesyuarat Rabu lalu".
Katanya, ahli-ahli exco lain masih belum membincang atau menerima perletakan jawatan berkenaan, tetapi yakin krisis dalaman itu akan berakhir apabila pucuk pimpinan baru mengambil alih.
Param meletakkan jawatan sebagai presiden TI awal bulan ini dengan alasan wujud perbezaan peribadi dengan Setiausaha Agungnya, Prof Mehrun Siraj.
Pada masa yang sama, Lee turut meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan dengan Param tetapi telah dipujuk supaya menariknya balik, kerana Param telahpun meletak jawatan.

