Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kem Paloh: J’kuasa syor pegawai Hisham disiasat
Diterbitkan:  May 16, 2019 12:24 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Jawatankuasa siasatan ke atas pembinaan kem tentera Paloh, Johor mengesyorkan siasatan terhadap pegawai kepada mantan menteri pertahanan Hishammuddin Hussein berserta tiga pegawai tinggi kerajaan.

Cadangan itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

Menurut laporan itu, pegawai tersebut yang merupakan setiausaha politik, mengeluarkan memo dalaman bertarikh 10 Februari 2018 bagi mempengaruhi kementerian dalam pembelian tanah persendirian untuk tujuan pembinaan kem Paloh.

Sebelum itu, menurut laporan lagi, dia menghantar memo bertarikh 10 Februari 2016 kepada setua setiausaha (KSU), menyatakan bahawa mesyuarat sekretariat parlimen Sembrong bersetuju mencadangkan pembinaan kem dan rumah keluarga angkatan tentera (RKAT) di DUN Paloh dalam Parlimen Sembrong.

Cadangan itu dibuat bagi memanfaatkan lebihan RM184 juta setelah harga tanah balasan Kinrara seluas 94 ekar yang diberikan kepada pemaju didapati meningkat.

Kem dan RKAT Paloh itu terletak di kawasan parlimen Sembrong yang dimenangi Hishammuddin.

Pada awalnya, pemaju sepatutnya membina sebuah kem tentera di Port Dickson bagi menggantikan kem tentera Rasah yang usang. Pembinaan kem tersebut bagaimanapun kemudiannya digugurkan, menurut laporan itu lagi.

Menurut laporan JKSTUPKK juga,satu lagi memo bertarikh 24 Mac 2016 daripada pegawai khas kepada KSU mengemukakan “cadangan pembinaan kem dan RKAT di Paloh, Sembrong”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS