Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis: Siti Kharina mati akibat luka hirisan di leher
Diterbitkan:  May 17, 2019 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.

Punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap jenazah  wanita itu yang dijalankan semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Semalam, Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria.

Siti Kharina, dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang. Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

- Bernama

Lihat Komen
ADS