Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda bantah gesaan agar Zahid 'lepaskan' Umno

Pemuda Umno hari ini menolak gesaan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang supaya presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi terus bercuti atau melepaskan jawatan demi kepentingan parti berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian Umno secara keseluruhan dan sayap itu tidak pernah membincangkan perkara berkenaan status presiden mereka.

"Itu hanya pandangan peribadi, bukannya mewakili suara akar umbi Umno...Bagi kami adalah baik kita tumpukan kepada isu yang lebih utama ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan anjuran Pergerakan Pemuda Umno di Kepala Batas, hari ini.

Maulizan hari ini menyarankan Ahmad Zahid terus bercuti dan tidak mengambil semula tugas sebagai presiden kerana parti itu kini lebih diyakini rakyat di bawah kepimpinan Mohamad Hassan.

Menurut Maulizan, langkah itu perlu susulan wujud gerakan daripada penyokong Ahmad Zahid yang mahu membawa balik beliau daripada bercuti dan mengambil semula tugas sebagai presiden Umno.

Pada Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri, mengumumkan akan bercuti daripada jawatan presiden parti dan menyerahkan tugas itu kepada Mohamad.

Keputusan itu dibuat susulan anggota parlimen Bagan Datuk itu menghadapi 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgi milik Yayasan Akalbudi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS