Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PH P Pinang tubuh majlis kepimpinan untuk parti komponen
Diterbitkan:  May 21, 2019 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

PH Pulau Pinang menubuhkan majlis kepimpinan yang terdiri daripada pemimpin daripada setiap parti komponen bagi menguatkan kerjasama antara rakan sekutu.

Setiausaha Majlis Kepimpinan PH Negeri Lim Hui Ying berkata sebuah mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow diadakan dengan pengerusi negeri setiap parti komponen.

"Majlis itu sudah ditubuhkan secara rasminya hari ini di ibu pejabat DAP Pulau Pinang.

"Mereka bersetuju agar majlis itu diwakili lima ahli kekal dan 20 ahli kesemuanya," kata Lim.

Senarai pemimpin dan jawatan yang dipegang adalah seperti berikut:

Chow Kon Yeow (DAP) - Pengerusi

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR) - Timbalan Pengerusi I

Mujahid Yusof Rawa (Amanah) - Timbalan Pengerusi II

Marzuki Yahaya (Bersatu) - Timbalan Pengerusi III

Lim Hui Ying (DAP) - Setiausaha

Sim Tze Tzin (PKR) - Bendahari

Ahli jawatankuasa:

1. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR)

2. P. Ramasamy Palanisamy (DAP)

3. Jagdeep Singh Deo (DAP)

4. Zairil Khir Johari (DAP)

5. Ong Khan Lee, Jason (PKR)

6. Zulkiefly Saad (PKR)

7. Mohd Rizal Akhir (Amanah)

8. Azahari Aris (Bersatu)

9. Aida Yusof (Amanah)

10. Azlina Mehtab Mohd Ishaq (Bersatu)

11. Mohd Saifullah Abd Nasir (Amanah)

12. Fakhruz-Zaman Ahmad (Bersatu)

13. Zahar Zainul (Amanah)

14. Mohamad Kamal Fairos B Mohamad Ibrahim (Amanah)

Lim berkata walaupun PH menubuhkan kerajaan negeri pada 2008, ia akan terus berusaha memastikan manifesti PRU ke-14 dipenuhi.

"Ia bagi menghargai pengundi Pulau Pinang kerana memberikan kami sokongan penuh, memberikan 37 daripada 40 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

"Majlis kepimpinan negeri ini akan menjadi jawatankuasa penyelaras utama antara parti komponen PH di Pulau Pinang," katanya.

 

Lihat Komen
ADS