GPMS: Kumpulan mana yang sah?
Bila kemelut kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan berakhir? Kini kedua-dua kumpulan yang berebut kuasa dalam gabungan tersebut telah menghantar laporan mesyuarat agung masing-masing kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Bila kemelut kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan berakhir? Kini kedua-dua kumpulan yang berebut kuasa dalam gabungan tersebut telah menghantar laporan mesyuarat agung masing-masing kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Kumpulan yang diketuai oleh Datuk Suhaimi Ibrahim (gambar kiri) telah menghantar laporan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 17 Februari lalu.
Manakala kumpulan yang diterajui oleh Reezal Marican Naina Marican (gambar kanan - bawah) telah menghantar laporan mereka lebih awal lagi pada Januari lalu.
Kini terpulang kepada ROS, Datuk Kaswuri Wariman untuk menentukan nasib kedua-dua kumpulan. Penilaian beliau akan menentukan kumpulan dan mesyuarat agung yang mana sah dan layak menerajui GPMS.
Kaswuri bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasannya.
Sementara itu Setiausaha Agung GPMS bagi kumpulan Suhaimi, Sobri Ahmad berkata, pihaknya menghantar laporan tahunan 2005 sebagaimana dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1965 dan Perlembagaan GPMS.
"Saya bersama Datuk Suhaimi dan Bendahari Azan Ismail telah menghantar laporan tersebut kepada ROS pada 17 Februari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Laporan tahunan
Beliau berkata, kandungan laporan tahunan itu termasuk mengenai perjalanan Persidangan Agung Khas GPMS yang diadakan di Hotel Equatorial, Bangi pada 24 dan 25 Disember lalu.
Menurut Sobri, penghantaran laporan tahunan itu merupakan proses biasa yang menjadi kewajiban kepada persatuan sukarela di negara ini berdasarkan Akta Pertubuhan 1965.
"Jika mana-mana pertubuhan tidak menghantar laporan tahunna, ROS boleh membatalkan pertubuhan terbabit," katanya.
Sobri juga mendakwa kumpulan Reezal Merican Naina Merican yang turut mengadakan persidangan khas pada 25 Disember lalu adalah kumpulan yang tidak sah.
Beliau berkata, ini kerana mereka bukan ahli sah kepada gabungan itu kerana mereka tidak membayar yuran tahunan.
"Beberapa ahli utama mereka didakwa terbabit dengan unsur penyelewengan yuran ahli, malah setiausaha mereka Syed Anuar Mohamad telah meletakkan jawatan pada 2004," katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, kumpulan berkenaan tidak berhak untuk menghantar laporan kepada ROS.
Katanya, ini kerana di bawah perlembagaan GPMS hanya tiga penyandang jawatan utama semasa -Presiden, Setiausaha Agungan dan Bendahari - yang boleh menghantar laporan kepada ROS.

