Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Konsep bayaran tanpa tunai di Bazar Ramadan Kg Baru disambut baik

Para peniaga dan pengunjung basar Ramadan Kampung Baru menyambut baik konsep pembayaran tanpa tunai yang diamalkan bazar itu dan menyifatkannya sebagai lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa.

Peniaga Masnor Salehudin berkata konsep pembelian dengan menggunakan kad “ Touch ‘n Go eWallet itu mampu mengelakkan kes samun dan kecurian kerana tidak melibatkan penggunaan wang tunai.

“Malah ia mampu mempercepatkan dan memudahkan aktiviti jual beli kerana pelanggan hanya perlu menyentuh kad Touch n Go eWallet kepada mesin pengimbas, katanya kepada Bernama.

Konsep tanpa tunai ini juga membantu masalah ketiadaan duit kecil baik bagi pelanggan atau pun penjual.

Konsep Bazar Ramadan tanpa tunai di Kampung Baru ini adalah insiatif TNG Digital Sdn Bhd dalam menggalakan pengunaan Touch ‘n Go eWallet.

Pelanggan yang penggunaan dompet elektronik ini hanya perlu mengimbas kod QR peniaga apabila membeli juadah.

Bagi pelanggan Syafida Azman, beliau amat mengalu-alukan pelaksanaan konsep pembelian tanpa wang tunai.

“Saya memang tidak suka membawa wang tunai apabila keluar dari rumah... dengan e-wallet semua orang tidak perlu berfikir tentang ada duit atau tidak ada duit semasa keluar, “ katanya.

Beliau berkata kad tersebut boleh tambah nilai secara auto dan memudahkan.

Melalui Touch ‘n Go eWallet, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi tersebut, tambah nilai dan mengimbas kod QR untuk membuat pembelian secara tanpa tunai.

Sebanyak 400 peniaga di bazar Ramadan Kampung Baru menyediakan perkhidmatan ini di sepanjang bulan Ramadan sehingga 31 Mei ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS