Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia tak campur tangan urusan mahkamah S'pura - Menteri
Diterbitkan:  May 26, 2019 1:11 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong menegaskan Putrajaya tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah Singapura yang menangguhkan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang rakyat Malaysia,

Liew dalam satu kenyataan hari ini berkata Mahkamah Rayuan Singapura memberikan perintah penangguhan kepada P Pannir Selvam untuk membenarkan dia mencabar penolakan terhadap petisyen rayuannya.

Menurut Liew Lagi, walaupun beliau menulis kepada Kementerian Undang-undang Singapura pada Rabu lepas, namun mahkamah republik itu yang membuat keputusan mengenai perintah penangguhan tersebut dan bukan sayap eksekutifnya.

"Meskipun saya berpeluang meneliti penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan Singapura, apa yang jelas institusi kehakiman Singapura membuat keputusannya selepas mempertimbangkan keadaan yang berlaku dan pelaksanaan kedaulatan undang-undang terhadap kes ini.

"Oleh itu, sama sekali tidak dapat difahami untuk menuduh terdapat campur tangan daripada pihak saya dalam proses kehakiman. Saya dan setiap orang di Malaysia, menghormati keputusan mahkamah Singapura.

"Dalam kes ini, mahkamah Singapura hanya memberikan penangguhan sementara kepada Pannir Selvam untuk membenarkan dia melaksanakan hak perundangan dan perlembagaannya dengan mendapatkan khidmat seorang peguam yang berwibawa yang dipilihnya.

"Ia benar-benar mencemarkan keadilan sekiranya dia dinafikan hak asas dan dihukum tanpa didengar (pembelaannya)," katanya.

Kritikan pada Putrajaya

Hukuman gantung sampai mati terhadap Pannir Selvam, 31, dijadual berlangsung pada Jumaat lepas setelah disabitkan kesalahan pada tahun 2017 kerana mengedar 51.84g diamorphine ke Singapura. 

Pelaksanaan hukuman matinya belum lagi dilaksanakan selepas mahkamah Singapura membenarkan perintah penangguhan sehari sebelum dia sepatutnya dihantar ke tali gantung.

Sejurus selepas penangguhan diberikan, Menteri Undang-undang Singapura K Shanmugam mengkritik Putrajaya kerana membuat tiga permintaan sepanjang tahun lalu untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia di republik itu.

Jelas Shanmugam hal ini akan menjejaskan kedaulatan undang-undang dan menuduh beberapa pihak di Putrajaya memang "secara ideologinya menentang" hukuman mati walaupun katanya ia "berkesan mencegah" kesalahan dadah.

Walaupun menteri undang-undang Singapura itu tidak pernah menamakan rakan sejawatannya di Malaysia, Liew menjelaskan dirinya telah menulis kepada pejabat Shanmugam untuk membuat representasi berdasarkan hujah undang-undang terhadap keadaan Pannir Selvam.

Liew berkata telah mendapat restu daripada Wisma Putra untuk berbuat demikian.

"Tuduhan yang saya campur tangan dengan sistem kehakiman mereka adalah tidak berasas sama sekali. Ia semacam suatu imaginasi daripada seseorang," tegasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS