Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas editor Bernama meninggal dunia
Diterbitkan:  May 26, 2019 5:41 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Bekas editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Jamil Abdullah, meninggal dunia hari ini kerana sakit tua.

Allahyarham berusia 89 tahun.

Anak saudaranya Borhanuddin Hanafiah berkata Allahyarham meninggal dunia di rumah abangnya, di Taman Tenaga, Jalan Puchong di Kuala Lumpur pukul 1.18 tengah hari.

"Arwah telah lama uzur tetapi masih mampu berinteraksi… arwah tinggal bersama abangnya selepas isterinya meninggal dunia tiga tahun yang lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Amin di Taman Tenaga dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol selepas solat Maghrib.

- Bernama

Lihat Komen
ADS