Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR sedia ambil tindakan disiplin kes gangguan seksual MP
Diterbitkan:  May 26, 2019 5:45 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

PKR akan mengambil tindakan disiplin sekiranya siasatan polis mendapati berlaku pelanggaran undang-undang dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan dan seorang lagi ahli parti itu.

"PKR menyokong penuh siasatan PDRM ini dan berharap proses tersebut akan dapat dilakukan dengan adil dan teliti.

"PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin selaras dengan peraturan parti sekiranya siasatan polis mendapati sebarang pelanggaran undang-undang dalam kes ini," kata Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan media itu hadir selepas PKR mengadakan mesyuarat biro politik hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata kes berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

PKR juga menegaskan bahawa parti itu memandang serius perkara berkenaan dan maklum bahawa laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

Kesavan sebelum ini menafikan dakwaan gangguan seksual itu dengan mendakwa bahawa wanita berumur 47 tahun berkenaan menyimpan perasaan terhadapnya.

Wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai 'Ammu', menafikan dakwaan Kesavan dan menuntut penjelasan daripadanya.

Lihat Komen
ADS