Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ayam kampung' yang anda beli mungkin bukan ayam kampung
Diterbitkan:  May 27, 2019 12:28 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Kira-kira seminggu sebelum hari raya puasa, Persatuan Pembiak Ayam Kampung Warisan Malaysia (WAK) mengingatkan pengguna, terdapat peniaga yang menjual ayam daging sebagai ayam kampung.

Menurut Pengurusi WAK Dr Azhar Kasim terdapat juga penternak ayam daging yang melabelkan ayam mereka sebagai ayam kacukan untuk mengelirukan pengguna.

“Ada juga antara mereka mengatakan bahawa ayam daging mereka adalah ayam kampung kacukan sedangkan ayam-ayam tersebut tidak mempunyai darah ayam kampung,” ujarnya.

Dalam kenyataan hari ini, Azhar mendakwa terdapat juga peniaga menjual ayam daging warna (colour broiler) di peringkat ladang dan dipasarkan sebagai ayam kampung.

Beliau mendakwa pihak berwajib tidak mengambil sebarang tindakan, justeru menyebabkan taktik perniagaan tersebut semakin berleluasa.

“Taktik tersebut menjadi semakin meluas kerana pihak berwajib tidak mengendahkan rungutan penternak ayam kampung dan juga pembeli yang sudah berlarutan selama beberapa tahun,” menurutnya lagi.

Lihat Komen
ADS