Menyambut Hari Wanita bersama Awam
Terjemahan Mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dari sebarang keganasan adalah menjadi tanggungjawab semua. Dan 8 Mac menjadi tanggal peringatan yang baik mengenai peranan semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan.
Terjemahan Mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dari sebarang keganasan adalah menjadi tanggungjawab semua. Dan 8 Mac menjadi tanggal peringatan yang baik mengenai peranan semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan.
Tanggal 8 Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang disambut bagi menghargai perjuangan mewujudkan keadilan, kesamarataan dan hak asasi wanita.
Untuk menjadi usaha mewujudkan masyarakat yang bebas daripada keganasan satu kenyataan, Persatuan Bertindak Wanita (Awam) menganjurkan siri ceramah sempena Hari Wanita Sedunia 2006.
Program Awam itu mendapat sokongan restoran makanan Itali Caffe 1920 untuk mengetengahkan isu-isu mengenai keganasan terhadap wanita (VAW), melalui sesi Hi-Tea di cawangannya di Bangsar Village dan The Curve mulai jam 3 petang.
Penyelaras IWD, Ho Wai Ling berkata, empat sesi ceramah mengenai pelbagai tajuk berkaitan dengan VAW selama kira-kira sejam akan diadaikan oleh Awam di cawangan Caffe 1920.
"Pada 11 Mac, kita akan memberi ceramah di The Curve mengenai kesamarataan gender manakala pada 18 Mac pula di One Utama, mengenai mangsa rogol. Pada 26 Mac pula di Bangsar mengenai keganasan rumahtangga dan sesi terakhir ialah pada 1 April di The Curve mengenai gangguan seksual.
Menambah pengetahuan
"Kami yakin para pengunjung akan berpeluang menambah pengetahuan tentang tajuk-tajuk tersebut, yang semuanya penting dalam menentukan kebajikan wanita di negara kita," katanya dalam sidang akhbar untuk mengumumkan kerjasama Awam-Caffe 1920 di The Curve baru-baru ini. Hadir sama ialah Presiden Awam, Judith Loh-Koh.
Caffe 1920 juga bersetuju menyumbang RM5,000 untuk membiayai aktiviti Awam. Sepanjang bulan Mac ini, semua cawangannya akan menjual barangan seperti baju-T, beg dan buku-buku rujukan untuk mengisi tabung Awam. Dan pada 8 Mac, 10 peratus daripada hasil jualan barangan tersebut akan disumbangkan kepada Awam.
Pengarah Eksekutif Caffe 1920, Andrea Villa pula berkata beliau mengikut jejak langkah ibunya yang aktif dalam pertubuhan wanita di negaranya dan sekaligus menyedarkannya mengenai pentingnya IWD.
"Saya dapat melihat kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap IWD dan oleh itu kami memutuskan untuk berganding bahu dengan Awam dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang membabitkan wanita di negara ini," katanya.
Sesi Hi-Tea di Caffe 1920 berharga RM35 seorang termasuk menghadiri ceramah tersebut. Manakala pakej berharga RM120 meliputi kesemua sesi ceramah yang bakal diadakan itu. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.